Tuesday 19 June 2012

SATU PENGHARAPAN....


'Perlukah mengharap sesorang yang belum pasti milik kita...sedangkan hati kita memerlukan dia."  ungkapan yang paling memberi persoalan pada hatiku.. kenapa perlu mengharap sesuatu yang kita sendiri tak pasti. kenapa hati dia bukan milikku.. kenapa dia masih menyintai seseorang yang dia sendiri tau sudah tiada.. kenapa dia tidak boleh teruskan hidup dia.. kenapa aku mesti mengharap sesuatu dari dia? kenapa....kenapa...kenapa.. berulang kali aku membiarkan persoalan nie menerjah benakku. tapi hakikatnya aku tak pernah menemui penyelesaian. dia! hanya dia yang aku harapkan boleh menjadi bulanku, bintangku, dan matahari dalam hidupku. sekarang duniaku gelap tanpa cahayanya. tegarnya kamu sayang membiarkan aku dihimpit keresahan dalam arus kehidupan. sayang! untuk apa kau datang menghulurkan salam perkenalan jika dusta yang akan kau berikan akhirnya. tak ku sangka kau datang hanya untuk memberikan sinar kehampaan dalam idupku.. keranamu sayang... keranamu...aku memandang sepi setiap lelaki yang hadir untuk memberikan cinta kepadaku.. haruskah semua nie tanpa penghujungnya sayang... sampai bila setiap yang hadir aku kecewakan.. kenapa hadirmu dulu menutup segalanya sayang....

awak.... maafkan saya kerana melukai awak... hanya itu yang mampu aku ucap pada mereka sayang. kenapa sukarnya aku melupakan mu.. setelah apa yang engkau buat sepatutnya aku boleh membencimu tapi cintaku padamu semakin mendalam.. adakah ini dugaan untukku.. mampukah aku harunginya.. andai masa dapat diputar kembali ingin aku lari dari pertemuan ini.. perkenalan yang hanya membuahkan cinta yang duka. episode cinta tanpa akhirnya... sampai bila akan terus begini... aku menunggu satu keputusan yang aku sendiri sudah mengetahuinya..



pelik kan?? aku sudah mengetahui kebenarannya tetapi kenapa aku masih mengharap? aku sendiri tak pasti... adakah penantiku ini akan dibayar dengan sebaiknya.... hanya masa yang akan menjawab segalanya.

Monday 19 March 2012

PERSAHABATAN..

Persahabatan..

kenapa kau menodainya.. kenapa tegar kau khianati persahabatan yang kita bina dengan perkara-pekrkara yang tidak sepatutnya. Engkau kawanku yang paling aku percaya untuk aku dapatkan kekuatan? nape kau membiarkan kekuatan aku pergi bersama pembohonganmu itu.. tak sangka kau seorang yang kejam.. Kini aku cuba bangun untuk menguatkan diriku selepas kau memungkirinya. Masih ku ingat lagi engkau datang menghulurkan persahabatan ketika aku bergelut dalam masalah. Kau datang memberikan kata-kata semangat yang mampu memulihkan kemabali semangat ku. Namun selepas kau menguatkannya kenapa kau juga yang memusnahkannya. Apa yang kau cuba buktikan kepada aku? 


Sahabat..

Terlalu cepat masa berlalu dah 3tahun kau pergi..dan selama 3thn juga la aku cuba kuatkan semangat aku yang kau hilangkan.. nasibku baik aku dikelililing kawan-kawan ayng terbaik di sini. Mereka banyak mengajar aaku erti sebuah persahabatan sebenar yang kau musnahkan dulu. 
 aku tak tau pe yang aku nak tulis kat entry nie sebenarnya… tiba-tiba kenangan bersama seorang sahabat datang menjelma.. orang yang ku panggil sahabat rupanya orang itu yang memusnahkan erti persahabatan. Tapi tu dulu sekarang bila aku dah berada jauh dari negeri dan belajar idup berdikari baru aku tau tak semua orang macam dia..
 nak bagi contoh lak rasa… kat cni(nama tempat dirahsiakan) aku ditemukan dengan sahabat. Diorg aku kenal dari sem 1 sehingga sekarang. Diorang begitu baik.. sentiasa menasihati aku dan kawan2 yang lain… siapa sangka penghijrahanku ke luar dari negeriku mengajar aku bahawa betapa hidup tanpa insan bergelar sahabat begitu complex…

thanks friend… hanya Allah s.w.t yang mampu membalas apa yang korang beri pada aku… semoga idup korang semua akan berjaya… 


 pening baca blog sendiri…apa pun tak boleh….


 ^_^ smile always kerana senyum penawar segala kelukaan…

Wednesday 22 February 2012

PERPISAHAN SEMENTARA

Mereka adalah kawanku…sahabatku…teman sekuliahku….kini mereka terpaksa pergi..bukan untuk meninggalkan aku disini tapi sekadar memenuhi impian dan cita-cita mereka… kesedihan mula terasa apabila hari yang dinanti-nantikan untuk mereka pergi akan menjelma.. sedih kot… selama nie bersama-sama kemana-mana sahaja..tut..tut..diorg kena pergi jauh..merentas laut lagi..

Bayangkan dulu kitorang bertujuh tiba-tiba dah bertukar menjadi lima… terasa janggal lak….camne nanti kalu aku rindu diorang…. Lawak jer aku nie tapi yang pasti rindu itu akan bertandang … kerinduan yang pasti mengamit kenangan semasa bersama-sama diorg akan menjelma di fikiran yang dah tersumbat dengan pelbagai benda nie….

Mereka kawan yang baik. Yang selalu ada untuk kawan mereka yang lain kalu ada masalah…. Seorang lemah lembut seorang lagi suka membebel kalu kitorg lalai or leka masa belajar…. Nak cakap dalam hati nie tau (macik jangan pergi boleh tak)..huhuhuhuhu.. tapi hakikatnya diorg akan bertolak jumaat nie 24/2/2012….sedih jer masa nak tulis entry nie… menangis tau x… mengada-ngada jer aku nie…

Kalu diorang pergi sape nak nasihatkan kitaorg nie…sape nak bebelkan kitaorang kalu kitaorang malas stdy…sekarang senyap dah…kita berdikari nie….haahahahaha… sebenarnya aku nk tulis entry nie sebab nk ucap selamat jalan kat kawan-kawan aku…. Pemergian diorang selama beberapa bulan kat sabah tu sedikit sebanyak bagi kesan kat aku dan kawan-kawan yang lain…. Sakitnya sebuah perpisahan walaupun hanya sementara…. Macik(panggilan aku buat diorang) jaga diri baik-baik tau kat negeri orang… nati jangan lupa tau Tanya khabar kitaorg kat cni…. Kitaorang akan merindui macik arap macik pn akan merindui kami… tiada kata nak ungkap da perasaan nie…

“do the best “.hope yang terbaik tuk kita semua ya…. Andai ada jodoh bertemu lagi kita di semester yang seterusnya….arap-arap tau… tiba-tiba mengantuk lak sebab esok nak p kelas da….sat lagi aku tertido dalam kelas sapa nak tanggung…

p/s: take care macik2 semua…. Semoga selamat sampai dan selamt kembali ya macik2 semua…. Love u….. <3 <3


     kenangan bersama-sama macik2 semua sebelum macik2 berangkat ke sabah....

Wednesday 1 February 2012

ADIKKU DAN AKU

Vespaku….vespaku……. entry kali nie aku nak cakap pasal vespa.. kisah nie ada kena mengena la jugak ngan idup aku…

Nak dijadikan cerita adik aku nie suka sangat dengan vespa…. Kalu aku double dan double sangat  tak cukup nak cakap minat dia kat vespa.dia nie minat gila-gila la kat  vespa… aku suka gak vespa tapi la tak la macam adik aku… vespa klasik sangat… aku suka tengok orang yang naik vespa…hahha.. macam zaman-zaman ma ngan abah aku jer diorg… tapi comel…hhahahaa..

Dimanakah vespaku…vespaku….(ambik lirik orang nie…)

Adik aku sedang cari vespa…dia kata kat aku dia nak ada vespa sebijik.. selalu gak dia cakap kat aku dia berangan nak ada vespa sendiri….dia cakap kat aku vespa tak la mahal sangat dalam RM1000 jer…. Rasanya la…aku nie selalu ingat-ingat lupa… aku cakap nati ada lah vespa milik dia tu…. Dia cakap dia nak kumpul duit nak beli vespa tu… semangat lak aku tengok adik aku nie… kerana minat apa pun sanggup… sanggup simpan duit lagi nak beli vespa… aku cakap “bagus..bagus.. teruskan niat murnimu itu,….. arap-arap tercapai la usaha dia tu ek…

Mood tengah tengok gambar vespa dengan adik aku…..

Comel la vespa nie…warna pink..feveret aku tu…hahhaa…. Kalu boleh semua benda aku nak warna pink… suka gila aku tengok vespa warna pink tadi…rasa macam nak ada vespa sendiri lak… terpengaruh ngan adik aku nie…. Tiba-tiba teringin nak beli vespa lak sebab tengok vespa warna pink tadi…hahaha… (ada jugak orang camni kan)..nie pun tengah terbayang-bayang vespa warna pink tadi…. Cute… and comel sangat…. Eeh ehh aku nie dah angau lak rasa…kerana pink aku angau nak minat vespa lak….pink.. vespa pink…aku suka vespa pink…. Ada sape-sape murah ati nak bagi vespa warna pink x kat aku…. (berangan jer aku nie sape lah nak bagi)….. walaupun aku xleh nak dapatkan vespa pink tu aku arap adik aku dapat capai impian dia nak ada vespa sebijik.. mesti adik aku hepi kalu dia dapat vespa yang dia nak2 kan sangat tu kan… kita semua mesti hepi kan kalu pe yang kita arapkan jadi kenyataan kan…



p/s: vespaku vespamu jua… yang penting setiap orang ada minat sendiri dan berusaha untuk mencapai pe yang korang impikan…. Aku arap korang leh capai matlamat korang semua…
sekian sahaja untuk hari nie… jumpa lagi nati ya…. Assalamualaikum… =)

Monday 30 January 2012

“IZINKAN AKU BAHAGIA”

Izinkan aku bahagia…. Nice statement la nie..aku suka… kebahagiaan mesti ramai yang nk rasa kan… tak terkecuali aku jgk nak rasa kebahagiaan.. cerita yang aku nak cerita nie mungkin sedih kot   tak pun xsedih langsung…hahahahaha
Cerita dia bermula camni… nie kira first time la jatuh cinta… aku kenali dia dalam satu pertemuan antara teman-teman.. pada pandangan pertama dia kenali aku dia dah  cakap dia suka aku.. aku apa lagi buntu la… tiba-tiba jer kenal dah cakap suka lak… dalam hati aku nie cakap “gila ke laki nie”…hahahhhaa (jht jgk aku nie upanya) tapi aku cakap kat dia kita kn baru kenal biarlah kita nie kawan dulu… betul la kan kena cakap camtu kan… dia sekadar cakap “ye la kita kawan”…(tanpa emosi kot masa dia cakap tu) di situ bermulalah persahabatan kami… kawan punya kawan kira dah lama la kami nie kawan… aku rs dia nie sweet sangat…. Baik gila la kata orang… dia selalu ada masa aku perlukan teman… dia selalu buat aku hepi tapi aku nie jahat la cikit suka sangat buat dia sedih.. aku suka sakat2 dia suka buat dia risau macam2 la aku nie…. Hahahhaa..

Nie nak masuk part yang menarik nie…tadi rasa2 aku bg intro jer…hahahaaa

Tiba-tiba, satu hari tu dia telefon aku cakap dia suka aku,,,, dalam bahasa lain “dia cintakan aku, sayangkan aku”. Terpana aku seketika..puas aku fikir camne nk balas balik jawapan dia… sebenarnya aku xsedia ag nak bercouple… ye la kot…dan secara tiba-tibanya terdetik dihati aku yang dia baik sweet dan jujur suka aku… mungkin aku kan bahagia ngn dia.. so cuba teka apa yang aku balas sebagai jawapan pada dia…. Mesti korang nak tau kan… biarlah rahsia dulu… nanti tak jadi lak izinkan aku bahagia kan…. Aku menyepi selama beberapa hari… puas dia menelefon puas dia msg aku tak balas pn..bukan aku tak kesian kat dia tapi aku cuba cari kekuatan..

Konflik time….xla konflik sgt tp lebih pada ending kot.

Akhirnya aku mengalah pada masa situasi dan keadaan…. Aku hanya menghantar satu pesanan ringkas padanya mesej tu berbunyi begini…” izinkan aku bahagia di sampingmu buat selamanya… andai jodoh memanjangkan hubungan kita tetaplah kita kita dijalan-Nya bersama-sama”…. Hahhaaa itulah aku nak cakap izinkan aku bahagia…. Sedih x…. hahahahaa… kalu xsedih tu cuba la buat2 sedih cikit ya… satu ucapan yang tak terduga yang aku hantar kan…aku rasa keputusan tu lah yang terbaik yang aku buat sebab bila dia ada aku rasa bahagia…. Mungkin dialah jodoh aku… dia hanya mampu membalas “terima kasih sayang, tak akan kau sia2 mu wahai sayangku” .hahaha tiba-tiba terkeluar sayang lak…hepi sangat kot…apa2 pun nie lah cerita yang aku nak cerita… cerita nie tak de kena mengena ngan sape2 tau….



p/s>>> nie first time tulis entry panjang…. Baru belajar nie…hahahaha harap sape yang baca tu terhibur la cikit2 ya….lucu pn ada nie…hahha

Friday 16 December 2011

LAKARAN PERJALANAN

ANDAI HIDUP SATU PERSINGGAHAN

MAMPUKAH KITA MENERUSKAN PERJALANAN HIDUP KITA..
MENCARI DALAM KEGELAPAN     
MERABA DALAM KECERAHAN
MEMINTA DALAM KELALAIAN
MEMBERI DALAM KEKEJAMAN
MENGHANCURKAN DALAM KEBAHAGIAAN
ANDAI ITU TAKDIR SEBUAH PERJALANAN
KUSUSURI LANGKAH
KU BAWA KEKUATAN
KUTABURKAN SEMANGAT
KUSUCIKAN JIWA
DAN
KU TERUSKAN HIDUP SEBELUM TIBA MASA SEMUA TIDAK
LAGI MEMBERI MAKNA PADAKU....